Form 6

Assalamualaykum....

Cik Kiah sekarang sambung belajar Form 6... cabaran sungguh Form 6 ni... kira hebatlah siapa yang ambil Form 6 ni... Cik Kiah secara jujurnya nak berhenti aja Form 6 ni..tapi bila fikir-fikir balik..kalau berhenti apa Cik Kiah nak buat... nak kerja? .. nanti takut orang kata ibu ayah Cik Kiah tak pentingkan pembelajaran...



Ibu ayah Cik Kiah memang pentingkan pembelajaran..kalau boleh nak anak dia semua berjaya...tapi tu lah.. Cik Kiah selalu menghampakan ibu ayah Cik Kiah... Iyalah... Cik Kiah bukan golongan pelajar pandai..kelas pun penghujung bangunan.. tu semua salah Cik Kiah.. tak nak belajar rajin-rajin... Cik Kiah nak cerita sikit... dulu kalau di suruh nya belajar...Cik Kiah memang akan buka buku...tapi di sebalik buku tu terselit buku Doraemon... Cik Kiah memang suka baca buku Doraemon..selain tu.. Ujang, Gila-Gila, Kawan ... memang dalam kepala otak komik je memanjang...





Bila dah besar, komik-komik tu semua dah di buang... baru ingat Cik Kiah nak simpan komik-komik tu... nasib badan... agaknya kalau komik-komik tu masih ada lagi dalam rumah, mahu SPM Cik Kiah gagal terus...

Kawan-kawan Cik Kiah dah ada yang sambung belajar ke peringkat IPTA...tahniah untuk kawam-kawan... Cik Kiah pun berjaya juga dapat masuk Form 6... tapi tu lah...subjek akaun bukan pilihan Cik Kiah... tapi Matematik adalah pilihan Cik Kiah... Cik Kiah suka kira-kira... (p/s : akaun pun kira-kira juga kan...)

Tapi apakan daya..semua tempat IPTA tak mahu terima Cik Kiah sambung belajar... So, Cik Kiah pun mohon lah Politeknik...Cik Kiah harap diberi peluang untuk belajar ke peringkat seterusnya...

Sebenarnya, Cik Kiah nak melarikan diri dari Form 6.. ibu ayah Cik Kiah cakap.. kalau tak dapat mana-mana belajar..teruskan aja Form 6 tu... atleast ada ilmu yang boleh dipelajari...betul..ada ilmu yang Cik Kiah boleh belajar..tapi tu lah... hati Cik Kiah tak ada untuk akaun (p/s : demand kan Cik Kiah ni...)

So, seluruh manusia di muka bumi ini tak kira di mana anda berada.. jangan lupa selitkan nama saya dalam doa anda ya... doakan saya dapat sambung ke mana-mana tempat belajar...saya pun nak di beri peluang kali ke 2 juga untuk belajar...

Terima Kasih kepada yang mendoakan...

~la la la la~


You Might Also Like

0 ulasan

Top Categories